Monday, March 28, 2011

Peluang kepada bakal usahawan

PELUANG KEPADA BAKAL USAHAWAN YANG SAYA MAKSUDKAN

eCosway mempunyai model perniagaan yang unik dan terbukti. Ia menawarkan peluang kepada semua untuk berjaya tanpa cabaran yang biasa dikaitkan dengan Pemasaran Rangkaian.

Kejayaan kami berpunca dari rangkaian produk pada harga berpatutan dan berkualiti tinggi, yang diedar menerusi rangkaian ekstensif kedai-kedai eCosway. eCosway menawarkan empat kaedah mudah dan boleh diduplikasi untuk menghasilkan aliran pendapatan berlipat ganda.

Sebagai Pemilik Perniagaan, anda boleh

  • Memperkenalkan orang yang berminatdengan peluang perniagaan.
  • Memperkenalkan orang untuk membeli-belah di mana-mana kedai eCosway.
  • Memperkenalkan orang yang berminat mengusaha sesebuah kedai eCosway.
  • Memohon untuk mengusahakan kedai eCosway.

Menerusi eCosway , anda akan belajar betapa mudah dan seronoknya untuk mula membina rangkaian anda sendiri dan meraih pendapatan yang lumayan dan berterusan.

Sila baca seterusnya DI SINI untuk memahami dan meraih pendapatan yang lumayan melalui perniagaan yang cukup efektif dan berkesan. ATAU hubungi saya, Fazli or Tg Suhaliza di 0192121091 atau 0122961091 Jika anda berminat membuka kedai/stokis Cosway dan eCosway.

Nak cerita panjang-panjang dalam blog ni susah sanggat, leceh boring jadi disini saya jemput tuan/puan, sedara/mara. pakcik/makcik, tak kira siapa sila tonton video di bawah ini dari (Part-1~Part-2) sampai habis bagi memahami bagaimana anda mendapat PENDAPATAN daripada PERBELANJAAN bulanan untuk keluarga anda.




Macam mana? dah tonton semua cerita kat atas tu, menarik bukan, lagi satu no phone dan nama Wan Hasbullah yang tertera dalan video di atas tu ialah no otai kita orang jadi video kat atas tu kita orang pinjam kat dia untuk memberi penerang kepada anda semua, kalau anda dah jadi ahli kami nanti, anda pon boleh pinjam gak, sama jer proses nyer iaitu nak beri penerangan pada org lain....

Baiklah disini saya nak cerita sikit kisah eCosway ni dengan saya, selepas puas mengkaji barulah sy yakin inilah the best MLM yg memberi peluang kepada ahlinya membuka store sendiri dgn ciri seakan2 francais dgn modal hanya RM10K, mahal sanggat ker? disini saya nak bagi tahu, kalau nak bukak francais yg lain seperti 1901 lebih kurang RM100K, McDonalds RM1.5J, Secret recipe RM300K, Sinma RM350K dan yang paling murah pon Nelson RM50K......

Tapi dengan eCosway company akan letak produk bernilai RM150K hingga RM500K dlm kedai kita, company buat renovation kedai, bayarkan bil lektik, beri CCTV, LCD, komputer dan segalanya. Setiap bulan kita boleh kutip untung bersih. Lokasi tempat niaga kita boleh pilih sendiri.

Kalau nak pilih upline...pastikan mereka mempunyai support yang kuat dari segi latihan supaya anda senang minta pendapat dan meningkatkan motivasi...sebab itu sy pilih dia. Sy yakin, anda tak akan salah sekiranya memilih saya sebagai upline anda dgn support dari upline sy yang hebat dan jitu. Kalau perlukan penerangan lanjut samada di rumah anda atau di tempat anda bekerja... kami amat mengalau alukan supaya anda mendapat keyakinan yg tinggi sebelum menceburi ecosway bersama2 team kami. Buat masa ini hanya 152 stokis yg ada di Malaysia dan Ecosway memerlukan lebih 800 lagi diseluruh Malaysia. Rebut peluang keemasan ini.

Sapa nak bagi bisnes senang2 dgn modal hanya RM10,000???? Fikirkanlah dan hubungi saya Fazli or Isteri saya Tg Suhaliza di 0192121091/0122961091 (call kalau malu sms jer nanti saya akan call balik) utk temujanji. Peluang keemasan sebegini mungkin tak datang sekali lagi...so, jangan lepaskan peluang ini.






Friday, March 18, 2011

Hikayat merong mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.

Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.


RINGKASAN

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.



SENARAI RAJA MENGIKUT HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula disekitar Lembah Bujang. Diantara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:
  • Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.
  • Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.
  • Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.
  • Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.
  • Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.
  • Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

Tips pemanduan selamat ketika memandu

KELETIHAN semasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya. Kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-2 masa, tetepi masa yang paling kerap ialah pada pukul 10 malam sehingga 8 pagi dan awal pagi sehingga tengah hari.

PUNCA-PUNCA KELETIHAN SEMASA MEMANDU
  • Memandu untuk jangka masa yang lama tanpa berhenti rehat
  • Mengambil alkohol
  • Kurang tidur dan rehat
  • Mengambil ubat-ubatan seperti antihistamin, antihipertensi, sedatif atau diuretik
  • Masalah kesihatan
  • Senaman yang berlebihan
  • Tekanan perasaan
  • Mamandu lewat malam atau awal pagi, iaitu waktu yang pada kebiasaannya anda tidur
TANDA-TANDA KELETIHAN
  • Kerap menguap dan mengantuk
  • Keliru dan pemikiran kabur
  • Murung dan mudah baran
  • Tindak balas dan reaksi yang lambat
  • Khyal atau berangan-angan
  • Sukar hendak membuka mata, penat, sengal badan, mengawal stering tak tentu arah
  • Gagal menumpukan perhatian
  • Tidak dapat mengigat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit
  • Badan terasa malayang dan tersengguk-senguk
  • Peningkatan sensitivity mata terhadap cahaya (tak tahan silau)
APA YANG PERLU DI LAKUKAN DAN DI AMALKAN
  • Perlahankan kereta
  • Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai
  • Berbual dengan penumpang
  • Pasangkan radio dan nyanyi ikut alunan radio, lantak arr apa orang nak kata
  • Turunkan tingkap kereta agar udara segar masuk
  • Keluar dari kereta dan regang-2kan badan
  • Berhenti rehat untuk minum atau mandi
  • Tidur di tempat yang sesuai, 1/2 jam atau 1jam, jika terlajak 2~3 jam itu lebih baik dari terlajak masuk parit atau kemalangan
AMALKAN PERKARA INI 'PENTING'
  • Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam
  • Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh 'bergilir-gilir
  • Jika anda penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh 'rehat dahulu'
  • Sasekali biarkan udara segar memasuki kereta anda memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk
  • Rancanglah perjalanan anda
  • Awasi tanda-tanda yang menunjukan anda mungkin letih
  • Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu.
(Dipetik dari bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan)
ANDA MAMPU MENGUBAH NYER

Tuesday, March 15, 2011

Tips bercuti dengan kos minimum

Tip bercuti dengan kos minimum

Pergi bercuti bermakna perlu ada bajet yang mencukupi. Apatah lagi bila ada beberapa orang anak yang masih kecil. Keinginan pergi bercuti kadang kala terhenti bila memikirkan kosnya yang banyak.
Bagaimana hendak pergi bercuti dengan kos yang minimum? Ikuti tip-tip yang disediakan untuk anda.

Buat perancangan awal
Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.

Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.

Pilih masa yang sesuai
Jika boleh elakkan daripada bercuti sewaktu musim perayaan ataupun cuti sekolah. Cara ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak belum bersekolah.

Tempat penginapan
Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos.

Memasak sendiri makanan
Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.

Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak makanan yang ringkas
Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.

Bawa bekal
Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.

Beli yang perlu
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.

Saturday, March 12, 2011

Tempat bersejarah & menarik


The Lengendary of Kota Mahsuri.....



Makam Mahsuri....



Perigi Mahsuri....



Beras Terbakar....



Telaga Tujuh Satu Pemandangan Indah.....



Langkawi Crocodile Farm.....

Monday, March 7, 2011

Pulau-pulau dilangkawi


Pulau Payar perghhhhhh memang best giler tgk jer ikan & air tuh....



Apa lagi kengkawan jom arr rugi kalau tak gi.....



Pulau Beras Basah Langkawi....



Pulau Singa Besar Langkawi......


Pulau Dayang Bunting Langkawi......

Tujuan saya masukan video ni adalah untuk kengkawan semua lihat sendiri suasana yang sebenar bagai mana keadaan di sana (Langkawi) kalau gambar jer mana bestkan, tak gerak yang ni saya tunjuk bagai mana keadaan di sana semoga terhibur.....

Saturday, March 5, 2011

Bercuti bersama keluarga di Langkawi

video
Bersama keluarga ketika menaiki CABLE CAR...... memang best & seram..... kalau cuaca buruk tidak di benarkan naik sehingga cuaca kembali normal.....


video
Island Hopping penulis bersama keluarga ketika menuju ke Tasik Dayang Bunting....... rugi kengkawan kalau tak pergi kesana.......


video
Bersantai bersama keluarga di Tasik Dayang Bunting.......


video
Pulau Singa Besar....... bagi burung helang makan, perghhhh memang bestt....



Under Water World Langkawi..... rugi ooooooo tak pergi.....

CONTACT WITH TIME GOLD HOLIDAY

Name:
Email Address:

Click here to put a form like this on your site.