Wednesday, April 21, 2010

Soalan lazim

MEMBUAT TEMPAHAN
Bagaimana saya tempah bilik saya?
Proses tempahan kami adalah sangat mudah:-
  1. Dengan cara menaliphone pihak kami di talian 0192121091/0122961091. Di talian anda boleh bercakap dan terus membuat tempahan.
  2. Atau dengan cara menghantar email di timegold.services@gmail.com. Bukan itu sahaja anda juga boleh menanyakan soalan-solan yang tidak anda fahami.
Senarai hotel, resort & motel, island hopping atau kereta sewa untuk percutian anda ada dipaparkan di skrin. Untuk maklumat lanjut, klik mana-2 hartanah atau pautan Maklumat .

* Selepas jenis dan kadar bilik dikembalikan ke skrin anda, anda akan boleh memilih kadar yang anda hasratkan dengan membaca maklumat bilik di tengah skrin, kemudian anda boleh terus membuat tempahan anda dan hubungi pihak kami 0192121091 / 0122961091
* Selepas anda telah memilih jenis bilik anda yang dihasratkan, pihak kami akan terus membuat tempahan dihotel penginapan anda, itu pon setelah anda membuat pembayaran penuh atau deposit dan pembayaran itu telah disah kan penerimaanya.
* Satu baucer seperti dibawah akan kami emailkan atau fax kepada anda untuk anda bawa semasa pergi bercuti di Pulau Langkawi tersebut, untuk anda serahkannya ke hotel, kereta sewa & island hopping.

Adakah ia selamat untuk menggunakan kad kredit saya?
Maafkan kami buat masa ini pihak kami Time Gold Holiday belum boleh menerima apa-2 bayaran dari pihak anda dengan menggunakan kad kredit, pihak kami mengambil perkara ini dengan amat serius. Untuk memastikan keselamatan anda, Time Gold Holiday hanya menggunakan khidmat maybank2u.com sahaja. Kesulitan amat kami kesali.

Jenis kad kredit apa diterima untuk jaminan/deposit?
Maaf kami hanya menerima pembayaran dari maybank2u.com.

Bolehkah saya tetapkan di mana bilik saya diletakkan (lantai dipilih, bersebelahan kolam renang, dll.)?
Kakitangan hotel akan melakukan terbaik untuk memberikan permintaan khas. Kami tidak boleh menjamin bahagian mana anda ingin menginap dan jika ini terjadi mungkin chas tambahan akan dikenakan kapada anda

Adakah bilik itu untuk setiap orang atau setiap malam?
Semua kadar dipapar adalah semalam, dan berdasarkan penginapan dua orang sebilik melainkan dinyatakan sebaliknya. Berhati-hati mengkaji penerangan bilik dan peraturan kadar untuk memastikan bilik yang anda pilih boleh memuatkan keseluruhan kumpulan yang datang bercuti

Bagaimana pula diskaun khas?
Hanya mereka yang mengikut terma dan syarat sahaja boleh menikmati kadar diskaun khas, seperti mengambil pakej yang kami sediakan, dan menaliphone saya untuk membuat tempahan layak menerima diskaun khas.

MENGESAHKAN TEMPAHAN
Apa yang terjadi apabila saya membuat tempahan?
Permintaan tempahan akan dipaparkan diskrin dengan menunjukkan Nombor Tempahan dan, Tarikh Tempahan dibuat, yang ia seharusnya disimpan oleh pihak anda sebagai rujukan.

Berapa lamakah yang diambil oleh untuk Time Gold Holiday menjawab permintaan tempahan saya?
Semua permintaan tempahan akan dijawab secepat mungkin atau pihak kami akan menghubungi anda jika ada kemuskilan dan selain daripada itu, semua tempahan akan disusuli dengan e-mel, terus yang kepada anda.

Bagaimanakah saya periksa permintaan saya untuk penginapan?
Jangan segan-segan untuk hubungi kami dengan apa-apa tempahan mengenai permintaan anda. Untuk perkhidmatan paling cepat termasuk "Nombor Tempahan" anda yang akan menerima selepas anda serahkan tempahan anda.

Sebaik sahaja saya membuat tempahan saya, adakah saya akan menerima apa-apa pengesahan bertulis daripada hotel?
Ya. Pihak anda akan menerima satu boucer dari Time Gold Holiday sebagai bukti yang akan kami fax atau email kepada anda, itu pun setelah pihak anda membuat bayaran deposit kepada kami. Boucer itu hendaklah dibawa ke hotel semasa check in sebagai bukti tempahan telah di buat. Peringatan!!! pihak anda hendaklah menyimpan broucer tersebut sebaik mungkin, jangan tertinggal atau hilang semasa chek in di hotel, kerana jika broucer tercebut hilang pihak kami tidak akan bertanggung jawab dan pihak anda mungkin akan tidak dapat check in di hotel tersebut dan duti anda juga dikira hangus.

ISLAND HOPING
Saya ingin tahu bagai mana kami ingin kepulau-pulau (island hopping) yang kami tempah apa bila kami sampai di sana?
Biasanya, setelah tempahan dibuat pihak kami Time Gold Holiday akan memberikan anda satu brocer didalam brocer tersebut kami sediakan sekali no phone agent kami disana, anda tidak perlu tergesa-gesa kerana waktu tidak terhad, dan anda sendiri yang menentukan waktu bila anda hendak ke pulau-pulau tersebut, jangan anda book pada waktu malam sahaja, kerana perkhidmatan kami disana sehingga jam 5.00pm

KENDERAAN SEWA
Jika saya menaiki kapal terbang bagai mana pula dengan kenderaan sewa?
Biasanya, kenderaan sewa akan dihantar terus kelapangan terbang di tempat ketibaan, anda hanya perlu memberi tahu pihak kami waktu anda berlepas dari mana dan pihak kami akan menghantar kenderaan tersebut pada waktu anda tiba di lapangan tersebut, dan anda hanya dikenakan bayaran RM10.00 untuk khidmat tersebut.

MEMBATALKAN TEMPAHAN
Bagaimana jika saya membatalkan tempahan?
Jika anda membatalkan tempahan, secara automatik duit tempahan tidak akan dikembalikan dan jika anda sudah memberikan deposit juga wang deposit tersebut akan dikira hangus.

CONTACT WITH TIME GOLD HOLIDAY

Name:
Email Address:

Click here to put a form like this on your site.