Island hopping

ISLAND HOPPING
Kami juga menyediakan package tambahan Island Hopping untuk mereka yang mengemari activity luaran sambil menikmati keindahan pantai Langkawi, 3 pulau tersebut ialah:
*Pulau Singa Besar.
*Pulau Dayang Bunting
*Pulau Beras Basah
Harga RM45 (Dewasa) RM35 (Kanak-kanak)
Masa Beroperasi:
*Pagi : 9.30 am to 1.00 pm
*Tengah Hari: 2.30 pm to 6.00 pm



PULAU SINGA BESAR
Pulau Singa Besar ialah pulau yang besar di kepulauan Langkawi terletak di antara Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting.




PULAU DAYANG BUNTING
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.



PULAU BERAS BASAH
Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini kira-kira 20 minit dengan bot laju.

Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.

Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.



PULAU PAYAR
Masih tidak puas dengan 3 pulau yang kami tunjukan tadi.... Satu lagi pulau kami sediakan iaitu pulau Payar juga untuk mereka yang mengemari activity luaran sambil menikmati keindahan pantai Langkawi.
Harga RM170 (Dewasa)
RM150 (Kanak-2)
Dimana kami menyediakan:
*Insurans perjalanan
*Sarapan
*Pengawal keselamatan
*Snorkling set & life jecket.

Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah di kawasan perairan Selat Melaka.

Taman Laut Pulau Payar terletak di perairan Kedah yang boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Jika anda berada di Alor Star, lebih baik menaiki bot dari jeti Kuala Kedah berhampiran Marina Kuala Kedah (kira-kira 30 minit menaiki bot laju). Anda boleh menaiki bot laju 250 kuasa kuda mengambil masa kira-kira setengah jam untuk tiba ke Pulau Payar.

Taman laut ini terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau Payar[1], Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas. Setiap bulan seramai 10,000 pengunjung datang ke sini.

Keistimewaan
* Ikan pelbagai bentuk dan warna seperti merah, biru dan hijau, ikan berwarna jingga pun ada. Paling menarik ialah ikan bayan (warnanya seperti burung bayan), yang besar dan berenang tenang. Gigitan halus ikan-ikan cantik yang berebut roti terasa-rasa di tangan.
* Petugas taman laut memberi makan ikan alu-alu atau baracuda yang datang dalam kumpulan kira-kira 20 ekor. Saiznya dianggarkan melebihi satu meter panjang.
* Pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin.

Peraturan
Taman Laut Negeri Kedah , pengurusan Taman Laut Pulau Payar mengenakan peraturan ketat:
* Setiap sampah yang dibawa masuk hendaklah dibawa balik.
* Pengunjung perlu membawa bekalan sendiri.
* Selepas makan, jangan lupa masukkan semula semua sampah dalam beg untuk di bawa pulang bagi mengelakkan pencemaran taman laut.
* Sebarang aktiviti memancing dalam perairan 2.7 batu nautika akan dikenakan tindakan undang-undang.

CONTACT WITH TIME GOLD HOLIDAY

Name:
Email Address:

Click here to put a form like this on your site.